Posts

Showing posts with the label kuliah tauhid

Bersabarlah...

Bersabarlah, kuliah Tauhid pasti akan bermula lagi

Bab 5 : Beriman kepada Malaikat

Image
Kita wajib beriman kepada malaikat. Malaikat ialah makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya. Allah menjadikan malaikat sebagai makhlukNya yang sangat setia bertasbih sepanjang masa. Ada dikalangan malaikat yang diberi kelebihan daripada malaikat yang lain seperti malaikat Jibril, Mikail dan Israfil. Dalil Naqli 1. AlQuran : وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا Maksudnya : "..sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." [AnNisa ayat 136] 2. Hadith Nabi : Antaranya hadith nabi yang mengisahkan malaikat Jibril yang menyerupai Dihyah AlKalibi dimasjid bertanyakan iman, islam dan ihsan kepada Rasulullah. Hadith yang lain antaranya mengenai pekerjaan malaikat : تَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلَائِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلَائِكَةٌ بِالنَّهَارِ Para malaikat berdamp...

Bab 3 : Tauhid Uluhiyyah

Image
Tauhid Uluhiyyah membawa maksud beriman bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah Esa. Kepercayaan ini telah ditolak oleh orang-orang jahiliyah yang hanya percaya Allah itu pencipta langit dan bumi tetapi tidak Esa. Ertinya orang-orang jahiliyah dahulu hanya beriman dengan tauhid Rubbubiyyah tetapi tidak percaya dan beriman bahawa Allah Ta'ala itu sebenarnya Esa. Orang-orang mukmin dari dulu sehingga sekarang beriman kepada Allah Ta'ala Yang Maha Esa. Tiada tuhan selain daripada Allah Ta'ala, tiada yang berhak disembah melainkan Allah. Ini berdasarkan bukti yang nyata dari segi dalil naqli dan aqli. Dalil Naql : 1. ALlah sendiri memberitahu dengan firmanNya di dalam AlQuran: شهد الله أنه لااله إلا هو والملائكة وأولوا العلم قائما بالقسط لااله إلا هو العزيز الحكيم Allah menerangkan (kepada sekalian maklukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-mal...

Bab 2 : Tauhid Rubbubiyyah

Image
Istilah Rubbubiyyah berasal dari kalimah " Rabbun " iaitu Allah itu merupakan Tuhan yang menguasai segala-galanya, mencipta dan mentadbirnya. Kita wajib beriman bahawa ALlah itu merupakan pentadbir, pencipta, penguasa alam dan bagi segala-segalanya. Dalil Naql : 1. ALlah sendiri memberitahu dengan firmanNya di dalam AlQuran: قل من رب السموات والأرض قل الله Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: " Allah ". [Surah ArRa'd ayat 16] 2. Pemberitahuan dari para nabi Allah melalui doa-doa mereka. Seperti contoh lafaz doa yang sangat kerap kita gunakan ialah "Ya Rabbi" yakni wahai tuhanku. Semua doa-doa tersebut sudah membuktikan bahawa kita mengakui bahawa Allahlah yang menguasai segala-galanya dan kita sangat bergantung kepadaNya. 3. Keimanan oleh para ulama, hukamak dengan rubbubiyyah Allah Ta'ala membuktikan bahawa ini merupakan bukti bahawa kita wajib beriman terhadap rubbubiyyah Allah Ta'la. 4. Keimanan yang ada pada ber...

Blog Kuliah Tauhid dilancarkan!

Alhamdulillah, berjaya juga menghasilkan blog untuk penulisan kuliah Tauhid di Masjid UMS Cawangan WP Labuan. Jika ada sebarang soalan boleh diajukan didalam tajuk-tajuk yang diberikan didalam blog ini. Semoga blog ini dapat membantu rakan dan taulan untuk mempelajari ilmu Tauhid. Wallahua'lam