Posts

Syafaat

Image
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan bahawa orang yang layak memberikan syafaat dengan izin Allah ialah Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam. Ini berdasarkan hadith tersebut menceritakan bahagaimana Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi 'Isa mengakui kesalahan yang pernah mereka lakukan. Dan akhirnya, diserahkan syafaat kepada Nabi Muhammad dengan izin Allah Ta'ala. Syafaat mempunyai pelbagai bentuk. Antaranya ialah : 1- Di Dunia 2- Di Akhirat. Di akhirat pula dibahagikan kepada dua jenis : 1- Syafaat Khusus - hanya Rasulullah yang memberikan syafaat dengan izin ALlah. Ia juga dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya : a) Syafaat Uzma (Agung) - kepada semua manusia b) untuk ahli Syurga c) untuk pakciknya, Abu Talib d) untuk masuk Syurga tanpa hisab 2- Syafaat Umum - yang ada pada Nabi, Malaikat dan orang-orang soleh Antara bentuknya pula ialah; a) kepada sekalian manusia b) untuk manusia yang disyafaatkan agar tidak masuk neraka c) ditingkatkan

Tanda-Tanda Hari Kiamat

Image
Salah seorang penulis kitab akidah di Syria, alBainuni menjelaskan beberapa tanda Hari Kiamat. Antaranya 10 tanda yang disebut di dalam kitabnya: 1. Lahirnya Nabi Muhammad Sallahua'alaihiwassalam 2. Wafatnya Baginda Sallahua'alaihiwassalam 3. Keluarnya asap dari teluk Arab 4. Keluarnya sejenis binatang (dabbah) 5. Pembukaan Baitul Maqdis (Palestin) 6. Munculnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S 7. Berlaku ketika manusia berperangai sejahat-jahatnya 8. Keluarnya Dajjal 9. Orang muslimin dapat membunuh orang Yahudi 10. Matahari terbit dari barat. Setiap dari 10 tanda tersebut diterangkan di dalam kuliah tauhid yang lalu. Antara tanda-tanda yang disebut oleh pengarang tersebut di atas, ada yang terkeliru dengan fakta nombor 1 dan 2. Sebenarnya yang dimaksudkan dengan pengarang diatas bahawa Hari Kiamat tidak akan berlaku sebelum Baginda lahir dan akan berlaku setelah Baginda wafat. Ianya berdalilkan dengan hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. Adakah ha

Perubahan Jadual Kuliah

Perubahan Jadual Kuliah mulai tahun 2010: Setiap Hari Selasa Masjid Cawangan UMS Labuan Selepas Solat Maghrib

Bersabarlah...

Bersabarlah, kuliah Tauhid pasti akan bermula lagi

Bab 9 : Beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad

Image
Orang Islam wajib beriman bahawa Nabi Muhammad Sallahu'alahiwasallam yang namanya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim AlKhalilullah adalah seorang rasul yang diutuskan oleh Allah kepada semua manusia. Tidak kira kulitnya hitam mahupun putih. Dan Baginda merupakan penutup segala para nabi dan rasul. Kemudian, diberikan dengan mukjizat dan pelbagai kelebihan ke atas nabi-nabi yang lain. DALIL NAQLI 1. Kesaksian oleh Allah dan para malaikat tentang wahyu kepada Baginda : "(orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa Yang telah diturunkan Allah kepadamu Wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran Yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya Dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)" . [Surah AnNisa 166] 2. Ayat perintah untuk taat kepada Baginda : "Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya te

Nama dan Sifat AlQuran

Di dalam kitab Akidah Mukmin ms 252 cetakan Maktabah Darul Ulum wal Hikam , ada sebelas sifat yang menggambarkan tentang kitab AlQuran yang diceritakan oleh Abu Bakar Jabir AlJazairi iaitu: 1-AlHuda 2-ArRahmah 3-AsSyifak 4-AnNur 5-AlMaw'izoh 6-AlBusyra 7-AlHaq 8-AzZikr 9-AlKhoir 10-AtTibyan wal Bayan 11-ArRuh Wallahua'lam

Bab 7 : Beriman kepada kitab AlQuran

Image
Setelah kita beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah, kita perincikan lagi dengan bab yang seterusnya iaitu beriman kepada kitab AlQuran. Kitab AlQuran adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam dan menjadi pemansuh kepada hukum hakam yang terdahulu sepertimana Baginda juga penutup segala nabi dan rasul. Kitab ALQuran juga adalah kitab yang dijamin oleh Allah Ta'ala dari segala kekurangan, penambahan, pertukaran dan perubahan sehinggalah berakhir ketika saat ajal kehidupan didunia ini. Dalil Naqli : 1) Firman Allah Ta'ala : Dan kami Telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) [AlMaidah 48] 2) Hadith Nabi : "Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar AlQuran kemudian mengajarkan kepada orang lain" [Riwayat Abu Dawud, AtTirmizi dan Ibn Majah] Dalil 'Aqli : 1) Nabi Muhammad bukanlah pengarang kitab AlQuran. Ini kerana Bagin