Posts

Showing posts from 2010

Syafaat

Image
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan bahawa orang yang layak memberikan syafaat dengan izin Allah ialah Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam. Ini berdasarkan hadith tersebut menceritakan bahagaimana Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi 'Isa mengakui kesalahan yang pernah mereka lakukan. Dan akhirnya, diserahkan syafaat kepada Nabi Muhammad dengan izin Allah Ta'ala. Syafaat mempunyai pelbagai bentuk. Antaranya ialah : 1- Di Dunia 2- Di Akhirat. Di akhirat pula dibahagikan kepada dua jenis : 1- Syafaat Khusus - hanya Rasulullah yang memberikan syafaat dengan izin ALlah. Ia juga dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya : a) Syafaat Uzma (Agung) - kepada semua manusia b) untuk ahli Syurga c) untuk pakciknya, Abu Talib d) untuk masuk Syurga tanpa hisab 2- Syafaat Umum - yang ada pada Nabi, Malaikat dan orang-orang soleh Antara bentuknya pula ialah; a) kepada sekalian manusia b) untuk manusia yang disyafaatkan agar tidak masuk neraka c) ditingkatkan

Tanda-Tanda Hari Kiamat

Image
Salah seorang penulis kitab akidah di Syria, alBainuni menjelaskan beberapa tanda Hari Kiamat. Antaranya 10 tanda yang disebut di dalam kitabnya: 1. Lahirnya Nabi Muhammad Sallahua'alaihiwassalam 2. Wafatnya Baginda Sallahua'alaihiwassalam 3. Keluarnya asap dari teluk Arab 4. Keluarnya sejenis binatang (dabbah) 5. Pembukaan Baitul Maqdis (Palestin) 6. Munculnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S 7. Berlaku ketika manusia berperangai sejahat-jahatnya 8. Keluarnya Dajjal 9. Orang muslimin dapat membunuh orang Yahudi 10. Matahari terbit dari barat. Setiap dari 10 tanda tersebut diterangkan di dalam kuliah tauhid yang lalu. Antara tanda-tanda yang disebut oleh pengarang tersebut di atas, ada yang terkeliru dengan fakta nombor 1 dan 2. Sebenarnya yang dimaksudkan dengan pengarang diatas bahawa Hari Kiamat tidak akan berlaku sebelum Baginda lahir dan akan berlaku setelah Baginda wafat. Ianya berdalilkan dengan hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. Adakah ha

Perubahan Jadual Kuliah

Perubahan Jadual Kuliah mulai tahun 2010: Setiap Hari Selasa Masjid Cawangan UMS Labuan Selepas Solat Maghrib