Wednesday, March 17, 2010

Syafaat



Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan bahawa orang yang layak memberikan syafaat dengan izin Allah ialah Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam. Ini berdasarkan hadith tersebut menceritakan bahagaimana Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi 'Isa mengakui kesalahan yang pernah mereka lakukan. Dan akhirnya, diserahkan syafaat kepada Nabi Muhammad dengan izin Allah Ta'ala.

Syafaat mempunyai pelbagai bentuk. Antaranya ialah :
1- Di Dunia
2- Di Akhirat.

Di akhirat pula dibahagikan kepada dua jenis :
1- Syafaat Khusus - hanya Rasulullah yang memberikan syafaat dengan izin ALlah.

Ia juga dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya :
a) Syafaat Uzma (Agung) - kepada semua manusia
b) untuk ahli Syurga
c) untuk pakciknya, Abu Talib
d) untuk masuk Syurga tanpa hisab

2- Syafaat Umum - yang ada pada Nabi, Malaikat dan orang-orang soleh

Antara bentuknya pula ialah;
a) kepada sekalian manusia
b) untuk manusia yang disyafaatkan agar tidak masuk neraka
c) ditingkatkan syurga bagi ahli-ahlinya

Syafaat di dalam kitab AlAqidah karangan alBainuni menyebut syafaat terbahagi kepada lima bentuk yang lain pula.

Wallahua'lam

Sumber : Kuliah Tauhid, 16 Mac 2010

Friday, January 22, 2010

Tanda-Tanda Hari Kiamat

Salah seorang penulis kitab akidah di Syria, alBainuni menjelaskan beberapa tanda Hari Kiamat. Antaranya 10 tanda yang disebut di dalam kitabnya:

1. Lahirnya Nabi Muhammad Sallahua'alaihiwassalam


2. Wafatnya Baginda Sallahua'alaihiwassalam


3. Keluarnya asap dari teluk Arab


4. Keluarnya sejenis binatang (dabbah)


5. Pembukaan Baitul Maqdis (Palestin)


6. Munculnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S


7. Berlaku ketika manusia berperangai sejahat-jahatnya


8. Keluarnya Dajjal


9. Orang muslimin dapat membunuh orang Yahudi


10. Matahari terbit dari barat.


Setiap dari 10 tanda tersebut diterangkan di dalam kuliah tauhid yang lalu. Antara tanda-tanda yang disebut oleh pengarang tersebut di atas, ada yang terkeliru dengan fakta nombor 1 dan 2. Sebenarnya yang dimaksudkan dengan pengarang diatas bahawa Hari Kiamat tidak akan berlaku sebelum Baginda lahir dan akan berlaku setelah Baginda wafat. Ianya berdalilkan dengan hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W.



Adakah hari kiamat berlaku pada 2012? Sudah tentu tidak benar! Ini kerana tiada siapa pun yang mengetahuinya melainkan Allah. Dan ada beberapa tanda lagi yang masih belum muncul. Mudah-mudahan kita terselamat dari fitnah akhir zaman...

Saturday, January 16, 2010

Perubahan Jadual Kuliah

Perubahan Jadual Kuliah mulai tahun 2010:


Setiap Hari Selasa
Masjid Cawangan UMS Labuan
Selepas Solat Maghrib

Sunday, December 27, 2009

Bersabarlah...

Bersabarlah, kuliah Tauhid pasti akan bermula lagi

Saturday, November 7, 2009

Bab 9 : Beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad


Orang Islam wajib beriman bahawa Nabi Muhammad Sallahu'alahiwasallam yang namanya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim AlKhalilullah adalah seorang rasul yang diutuskan oleh Allah kepada semua manusia. Tidak kira kulitnya hitam mahupun putih. Dan Baginda merupakan penutup segala para nabi dan rasul. Kemudian, diberikan dengan mukjizat dan pelbagai kelebihan ke atas nabi-nabi yang lain.

DALIL NAQLI

1. Kesaksian oleh Allah dan para malaikat tentang wahyu kepada Baginda :

"(orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa Yang telah diturunkan Allah kepadamu Wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran Yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya Dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)". [Surah AnNisa 166]


2. Ayat perintah untuk taat kepada Baginda :

"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) Dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana Yaihng demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana Sesungguhnya bagi Allah jualah Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Surah AnNisa 170]


3. Kenyataan Nabi Muhammad di dalam hadith :


"Aku adalah nabi tanpa pembohongan, aku adalah cucu Abdul Muttalib" [Muttafaqun 'alaih]


4. Terlalu banyak lagi pernyataan kerasulan Baginda di dalam kitab-kitab samawiyyah yang lain seperti Zabur, Injil dan Taurat;