Posts

Showing posts from November, 2009

Bab 9 : Beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad

Image
Orang Islam wajib beriman bahawa Nabi Muhammad Sallahu'alahiwasallam yang namanya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim AlKhalilullah adalah seorang rasul yang diutuskan oleh Allah kepada semua manusia. Tidak kira kulitnya hitam mahupun putih. Dan Baginda merupakan penutup segala para nabi dan rasul. Kemudian, diberikan dengan mukjizat dan pelbagai kelebihan ke atas nabi-nabi yang lain. DALIL NAQLI 1. Kesaksian oleh Allah dan para malaikat tentang wahyu kepada Baginda : "(orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa Yang telah diturunkan Allah kepadamu Wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran Yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya Dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)" . [Surah AnNisa 166] 2. Ayat perintah untuk taat kepada Baginda : "Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya te