Blog ini menyimpan segala kuliah Tauhid yang disampaikan di Masjid UMS Cawangan WP Labuan serta diwujudkan untuk memudahkan para siswazah untuk mendapatkan bahan kuliah Tauhid
Video Kuliah : Beriman kepada Malaikat
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Ada video beriman kepada malaikat oleh Sofwan Badrie.
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan bahawa orang yang layak memberikan syafaat dengan izin Allah ialah Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam. Ini berdasarkan hadith tersebut menceritakan bahagaimana Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi 'Isa mengakui kesalahan yang pernah mereka lakukan. Dan akhirnya, diserahkan syafaat kepada Nabi Muhammad dengan izin Allah Ta'ala. Syafaat mempunyai pelbagai bentuk. Antaranya ialah : 1- Di Dunia 2- Di Akhirat. Di akhirat pula dibahagikan kepada dua jenis : 1- Syafaat Khusus - hanya Rasulullah yang memberikan syafaat dengan izin ALlah. Ia juga dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya : a) Syafaat Uzma (Agung) - kepada semua manusia b) untuk ahli Syurga c) untuk pakciknya, Abu Talib d) untuk masuk Syurga tanpa hisab 2- Syafaat Umum - yang ada pada Nabi, Malaikat dan orang-orang soleh Antara bentuknya pula ialah; a) kepada sekalian manusia b) untuk manusia yang disyafaatkan agar tidak masuk neraka c) ditingkatkan ...
Tauhid Uluhiyyah membawa maksud beriman bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah Esa. Kepercayaan ini telah ditolak oleh orang-orang jahiliyah yang hanya percaya Allah itu pencipta langit dan bumi tetapi tidak Esa. Ertinya orang-orang jahiliyah dahulu hanya beriman dengan tauhid Rubbubiyyah tetapi tidak percaya dan beriman bahawa Allah Ta'ala itu sebenarnya Esa. Orang-orang mukmin dari dulu sehingga sekarang beriman kepada Allah Ta'ala Yang Maha Esa. Tiada tuhan selain daripada Allah Ta'ala, tiada yang berhak disembah melainkan Allah. Ini berdasarkan bukti yang nyata dari segi dalil naqli dan aqli. Dalil Naql : 1. ALlah sendiri memberitahu dengan firmanNya di dalam AlQuran: شهد الله أنه لااله إلا هو والملائكة وأولوا العلم قائما بالقسط لااله إلا هو العزيز الحكيم Allah menerangkan (kepada sekalian maklukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-mal...
Comments
Post a Comment