Blog ini menyimpan segala kuliah Tauhid yang disampaikan di Masjid UMS Cawangan WP Labuan serta diwujudkan untuk memudahkan para siswazah untuk mendapatkan bahan kuliah Tauhid
Perubahan Jadual Kuliah
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Perubahan Jadual Kuliah mulai tahun 2010:
Setiap Hari Selasa Masjid Cawangan UMS Labuan Selepas Solat Maghrib
Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebutkan bahawa orang yang layak memberikan syafaat dengan izin Allah ialah Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam. Ini berdasarkan hadith tersebut menceritakan bahagaimana Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi 'Isa mengakui kesalahan yang pernah mereka lakukan. Dan akhirnya, diserahkan syafaat kepada Nabi Muhammad dengan izin Allah Ta'ala. Syafaat mempunyai pelbagai bentuk. Antaranya ialah : 1- Di Dunia 2- Di Akhirat. Di akhirat pula dibahagikan kepada dua jenis : 1- Syafaat Khusus - hanya Rasulullah yang memberikan syafaat dengan izin ALlah. Ia juga dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya : a) Syafaat Uzma (Agung) - kepada semua manusia b) untuk ahli Syurga c) untuk pakciknya, Abu Talib d) untuk masuk Syurga tanpa hisab 2- Syafaat Umum - yang ada pada Nabi, Malaikat dan orang-orang soleh Antara bentuknya pula ialah; a) kepada sekalian manusia b) untuk manusia yang disyafaatkan agar tidak masuk neraka c) ditingkatkan ...
Orang Islam wajib beriman bahawa Nabi Muhammad Sallahu'alahiwasallam yang namanya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim AlKhalilullah adalah seorang rasul yang diutuskan oleh Allah kepada semua manusia. Tidak kira kulitnya hitam mahupun putih. Dan Baginda merupakan penutup segala para nabi dan rasul. Kemudian, diberikan dengan mukjizat dan pelbagai kelebihan ke atas nabi-nabi yang lain.
DALIL NAQLI
1. Kesaksian oleh Allah dan para malaikat tentang wahyu kepada Baginda :
"(orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa Yang telah diturunkan Allah kepadamu Wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran Yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya Dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)" . [Surah AnNisa 166]
2. Ayat perintah untuk taat kepada Baginda :
"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya te...
Comments
Post a Comment