Posts

Showing posts from August, 2009

Tangguh

Image
Kuliah tauhid di UMS ditangguhkan kerana memberi laluan kepada jadual tazkirah-tazkirah di bulan Ramadhan. InsyaAllah akan bersambung selepas berlalunya ramadhan.

Bab 3 : Tauhid Uluhiyyah

Image
Tauhid Uluhiyyah membawa maksud beriman bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah Esa. Kepercayaan ini telah ditolak oleh orang-orang jahiliyah yang hanya percaya Allah itu pencipta langit dan bumi tetapi tidak Esa. Ertinya orang-orang jahiliyah dahulu hanya beriman dengan tauhid Rubbubiyyah tetapi tidak percaya dan beriman bahawa Allah Ta'ala itu sebenarnya Esa. Orang-orang mukmin dari dulu sehingga sekarang beriman kepada Allah Ta'ala Yang Maha Esa. Tiada tuhan selain daripada Allah Ta'ala, tiada yang berhak disembah melainkan Allah. Ini berdasarkan bukti yang nyata dari segi dalil naqli dan aqli. Dalil Naql : 1. ALlah sendiri memberitahu dengan firmanNya di dalam AlQuran: شهد الله أنه لااله إلا هو والملائكة وأولوا العلم قائما بالقسط لااله إلا هو العزيز الحكيم Allah menerangkan (kepada sekalian maklukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-mal