Bab 3 : Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Uluhiyyah membawa maksud beriman bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah Esa.

Kepercayaan ini telah ditolak oleh orang-orang jahiliyah yang hanya percaya Allah itu pencipta langit dan bumi tetapi tidak Esa. Ertinya orang-orang jahiliyah dahulu hanya beriman dengan tauhid Rubbubiyyah tetapi tidak percaya dan beriman bahawa Allah Ta'ala itu sebenarnya Esa.

Orang-orang mukmin dari dulu sehingga sekarang beriman kepada Allah Ta'ala Yang Maha Esa. Tiada tuhan selain daripada Allah Ta'ala, tiada yang berhak disembah melainkan Allah. Ini berdasarkan bukti yang nyata dari segi dalil naqli dan aqli.



Dalil Naql :
1. ALlah sendiri memberitahu dengan firmanNya di dalam AlQuran:



شهد الله أنه لااله إلا هو والملائكة وأولوا العلم قائما بالقسط لااله إلا هو العزيز الحكيم

Allah menerangkan (kepada sekalian maklukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[Surah AliImran ayat 18]

2. Pemberitahuan dari Allah sendiri melalui kalamnya, iaitu ayat-ayat yang menjelaskan tentang tauhid uluhiyyah seperti :

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[Surah AlBaqarah ayat 163]
Lembah (gambar di atas) yang dikatakan tempat Nabi Musa berkata-kata dengan Allah Ta'ala seperti firman Allah dibawah :

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
[Surah Taha ayat 14]

3. Pemberitahuan keimanan ini melalui berita yang disampaikan oleh utusan-utusan Allah. Nabi Nuh, Soleh, Syu'aib, Musa, Muhammad dan utusan-utusan Allah yang lain membawa mesej yang sama agar beriman kepada Allah Yang Maha Esa.

Dalil 'Aql :

* Dalil 'aqli yang dibawa oleh pengarang (Dr. Abu Bakar Jazairi) sedikit dan lebih kurang sama dalam tajuk-tajuk terdahulu. Oleh itu, dalil-dalil 'aqli yang kita tahu boleh kita sertakan untuk membantu untuk memahami tajuk yang berkenaan. Cuma, dalil yang difikirkan logik mestilah tidak boleh terpesong dari tajuk yang dibincangkan.

Seperti contoh; tuhan itu akan menjadi lemah jika tuhannya banyak. Ini akan membuatkan pertelagahan dan perbalahan apabila 'mereka' membuat keputusan. Biasanya dalam dunia ini, kedudukan tertinggi di dalam sesuatu hierarki hanya dimiliki oleh seorang dan bukannya ramai.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 6 : Beriman dengan kitab-kitab

Syafaat

Nama dan Sifat AlQuran