Bab 2 : Tauhid Rubbubiyyah
Istilah Rubbubiyyah berasal dari kalimah " Rabbun " iaitu Allah itu merupakan Tuhan yang menguasai segala-galanya, mencipta dan mentadbirnya. Kita wajib beriman bahawa ALlah itu merupakan pentadbir, pencipta, penguasa alam dan bagi segala-segalanya. Dalil Naql : 1. ALlah sendiri memberitahu dengan firmanNya di dalam AlQuran: قل من رب السموات والأرض قل الله Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: " Allah ". [Surah ArRa'd ayat 16] 2. Pemberitahuan dari para nabi Allah melalui doa-doa mereka. Seperti contoh lafaz doa yang sangat kerap kita gunakan ialah "Ya Rabbi" yakni wahai tuhanku. Semua doa-doa tersebut sudah membuktikan bahawa kita mengakui bahawa Allahlah yang menguasai segala-galanya dan kita sangat bergantung kepadaNya. 3. Keimanan oleh para ulama, hukamak dengan rubbubiyyah Allah Ta'ala membuktikan bahawa ini merupakan bukti bahawa kita wajib beriman terhadap rubbubiyyah Allah Ta'la. 4. Keimanan yang ada pada ber...