Bab 2 : Tauhid Rubbubiyyah

Istilah Rubbubiyyah berasal dari kalimah "Rabbun" iaitu Allah itu merupakan Tuhan yang menguasai segala-galanya, mencipta dan mentadbirnya.

Kita wajib beriman bahawa ALlah itu merupakan pentadbir, pencipta, penguasa alam dan bagi segala-segalanya.


Dalil Naql :

1. ALlah sendiri memberitahu dengan firmanNya di dalam AlQuran:

قل من رب السموات والأرض قل الله

Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah".
[Surah ArRa'd ayat 16]

2. Pemberitahuan dari para nabi Allah melalui doa-doa mereka. Seperti contoh lafaz doa yang sangat kerap kita gunakan ialah "Ya Rabbi" yakni wahai tuhanku. Semua doa-doa tersebut sudah membuktikan bahawa kita mengakui bahawa Allahlah yang menguasai segala-galanya dan kita sangat bergantung kepadaNya.

3. Keimanan oleh para ulama, hukamak dengan rubbubiyyah Allah Ta'ala membuktikan bahawa ini merupakan bukti bahawa kita wajib beriman terhadap rubbubiyyah Allah Ta'la.

4. Keimanan yang ada pada berbilion manusia terhadap rubbubiyyah Allah Ta'ala antara bukti dari segi naql.


Dalil 'Aql :

1. Allah itu bersendirian mencipta dan menguasai segala sesuatu. Dia lebih layak dan berhak menguasai dan mentadbir segala-galanya berbanding manusia yang sangat lemah. Hanya terguris dan terhiris sedikit dari anggota badan sudah tidak berkurangan tenaganya.



2. Allah bersendirian memberikan rezeki dan tidak memerlukan bantuan. Semua makhluk-makhluk samada yang berada di hujung dunia, dalam kegelapan, dalam hutan belantara mendapat rezeki masing-masing mengikut ketentuanNya. Bukankah itu menunjukkan bahawa Allah layak mentadbir segala-galanya. Dialah Rabb.

Cuba kita perhatikan firman Allah :



24. Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.
25. Sesungguhnya kami benar-benar Telah mencurahkan air (dari langit),
26. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya,
27. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu,
28. Anggur dan sayur-sayuran,
29. Zaitun dan kurma,
30. Kebun-kebun (yang) lebat,
31. Dan buah-buahan serta rumput-rumputan,
[Surah 'Abasa 24-31]

3. Sifat fitrah yang ada di dalam diri manusia adalah memberitahu diri kita bahawa ada yang menguasai segala-galanya. Itulah Allah Ta'ala. Orang-orang jahiliyah juga mengakui bahawa Allah merupakan pencipta alam ini. Ini terbukti di dalam firman Allah :

"Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" tentu mereka akan menjawab: "Allah" [Surah Ankabut ayat 61]

Kesimpulan yang kita dapat lihat pada bab ini ialah bahawa ALlah Ta'ala itu merupakan Tuhan yang menguasai segala-galanya. Kepada Allahlah kita sembah dan tempat kita memohon pertolongan.

Mari kita perhatikan sejenak :

Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang Kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup[689] dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah". Maka Katakanlah "Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?"

Maka (Zat yang demikian) Itulah Allah Tuhan kamu yang Sebenarnya; Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?
[Surah Yunus ayat 30-32]

Comments

Popular posts from this blog

Bab 6 : Beriman dengan kitab-kitab

Syafaat

Nama dan Sifat AlQuran