Bab 1 : Beriman kepada Allah


Kita wajib beriman kepada kewujudan tuhan. Itulah Allah Ta'ala yang merupakan satu-satunya tuhan yang Maha Esa. Alam yang kita miliki, bumi yang menghijau, langit yang membiru semuanya ciptaanNya. Adakah adanya sesuatu benda tanpa penciptanya?

Antara dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah Ta'ala ialah :


1. Dalil Naqli

1.1 Firman-firman Allah telah dijelaskan di dalam AlQuran. Antaranya ayat 54 Surah AlA'raf :


إن ربكم الله الذي خلق السموات والأرض في ستة أيام ثم استوى على العرش يغشي الليل النهار يطلبه حثيثاً والشمسَ والقمرَ والنجومَ مسخراتٍ بأمره ألا له الخلق والأمر تبارك الله رب العالمين


54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang Telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayam di atas 'Arsy[548]. dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.

[548] bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.

1.2 Para Nabi dan Rasul telah diutuskan oleh Allah akan tugas utamanya iaitu memberitahu bahawa kewujudan ALlah dan Allah itu Maha Esa. Tiada Tuhan lain selain ALlah.

1.3 Bukti keimanan oleh manusia zaman berzaman kewujudan tuhan.

1.4 Begitulah juga perkhabaran jutaan ulama' mempercayai kewujudan Allah, sifat-sifatNya, nama-namaNya, kekuasaanNya sehingga manusia menyembahNya dan mentaati segala suruhanNya. Itulah Allah Ta'ala. Tuhan Yang Maha Esa.


2. Dalil Aql (Logik)

2.1 Kewujudan sesuatu mesti ada penciptanya.




Makanan yang dimasak mesti ada tukang masaknya, kerusi yang dicipta dengan kemas mesti ada tukang kayunya, ukiran yang lawa pada perhiasan mesti ada pengukirnya. Masakan tidak bumi dan langit yang sangat indah tiada penciptanya? Tentulah Allah merupakan penciptanya. Itulah Tuhan Yang Maha Esa.

2.2 Wujudnya kalam Allah (AlQuran) menandakan kewujudan penciptanya.

Penceritaan di dalam AlQuran mengisahkan perkara-perkara ghaib, sejarah-sejarah terdahulu dan sebagainya adalah benar. Sehingganya para cendiakawan tidak mampu mencacatkan cerita yang telah tercatat di dalam kitabNya. Kalam yang dijaga olehNya berterusan bersesuaian kepada manusia tidak kira tempat atau zaman.

2.3 Kewujudan sistem yang telah disediakan di alam ini secara terperinci sebagai panduan hidup di alam ini menandakan kewujudan pencipta sistem tersebut yakni ALlah Ta'ala.

Seperti contoh setitis mani seorang manusia yang terletak dirahim wanita berkembang dan tumbuh sebagai janin. Ajaib jika tiada pencipta sistem tersebut. Begitulah jua kejadian langit dan bumi yang beredar mengikut percaturan penciptanya. Semuanya tunduk kepada sistem yang telah ditetapkan.


Dengan semua bukti-bukti ini menunjukkan orang Islam beriman kepada Allah Ta'ala dari dahulu sehingga sekarang. Dengan bertunjangkan iman yang kukuh dan yakin, kehidupan orang Islam semakin bermakna dan berharga pada setiap masa dan perkara.

Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Bab 6 : Beriman dengan kitab-kitab

Syafaat

Nama dan Sifat AlQuran