Posts

Showing posts from May, 2009

Bab 2 : Tauhid Rubbubiyyah

Image
Istilah Rubbubiyyah berasal dari kalimah " Rabbun " iaitu Allah itu merupakan Tuhan yang menguasai segala-galanya, mencipta dan mentadbirnya. Kita wajib beriman bahawa ALlah itu merupakan pentadbir, pencipta, penguasa alam dan bagi segala-segalanya. Dalil Naql : 1. ALlah sendiri memberitahu dengan firmanNya di dalam AlQuran: قل من رب السموات والأرض قل الله Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: " Allah ". [Surah ArRa'd ayat 16] 2. Pemberitahuan dari para nabi Allah melalui doa-doa mereka. Seperti contoh lafaz doa yang sangat kerap kita gunakan ialah "Ya Rabbi" yakni wahai tuhanku. Semua doa-doa tersebut sudah membuktikan bahawa kita mengakui bahawa Allahlah yang menguasai segala-galanya dan kita sangat bergantung kepadaNya. 3. Keimanan oleh para ulama, hukamak dengan rubbubiyyah Allah Ta'ala membuktikan bahawa ini merupakan bukti bahawa kita wajib beriman terhadap rubbubiyyah Allah Ta'la. 4. Keimanan yang ada pada ber

Kuliah Ditangguhkan

Image
Assalamualaikum Makluman : Kuliah Tauhid terpaksa bersambung selepas 6 Julai 2009. Penceramah tiada di WP Labuan dari 1 Jun hingga 6 Julai 2009. Syukran Jazilan.

Bab 1 : Beriman kepada Allah

Image
Kita wajib beriman kepada kewujudan tuhan. Itulah Allah Ta'ala yang merupakan satu-satunya tuhan yang Maha Esa. Alam yang kita miliki, bumi yang menghijau, langit yang membiru semuanya ciptaanNya. Adakah adanya sesuatu benda tanpa penciptanya? Antara dalil-dalil yang membuktikan kewujudan Allah Ta'ala ialah : 1. Dalil Naqli 1.1 Firman-firman Allah telah dijelaskan di dalam AlQuran. Antaranya ayat 54 Surah AlA'raf : إن ربكم الله الذي خلق السموات والأرض في ستة أيام ثم استوى على العرش يغشي الليل النهار يطلبه حثيثاً والشمسَ والقمرَ والنجومَ مسخراتٍ بأمره ألا له الخلق والأمر تبارك الله رب العالمين 54. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang Telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu dia bersemayam di atas 'Arsy[548]. dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tu

Blog Kuliah Tauhid dilancarkan!

Alhamdulillah, berjaya juga menghasilkan blog untuk penulisan kuliah Tauhid di Masjid UMS Cawangan WP Labuan. Jika ada sebarang soalan boleh diajukan didalam tajuk-tajuk yang diberikan didalam blog ini. Semoga blog ini dapat membantu rakan dan taulan untuk mempelajari ilmu Tauhid. Wallahua'lam