Bab 5 : Beriman kepada Malaikat

Kita wajib beriman kepada malaikat. Malaikat ialah makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya. Allah menjadikan malaikat sebagai makhlukNya yang sangat setia bertasbih sepanjang masa.

Ada dikalangan malaikat yang diberi kelebihan daripada malaikat yang lain seperti malaikat Jibril, Mikail dan Israfil.

Dalil Naqli

1. AlQuran :

وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya : "..sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." [AnNisa ayat 136]

2. Hadith Nabi :

Antaranya hadith nabi yang mengisahkan malaikat Jibril yang menyerupai Dihyah AlKalibi dimasjid bertanyakan iman, islam dan ihsan kepada Rasulullah.

Hadith yang lain antaranya mengenai pekerjaan malaikat :

تَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلَائِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلَائِكَةٌ بِالنَّهَارِ

Para malaikat berdamping dengan manusia pada malam hari dan siang [No 522 Sahih Bukhari]


3. Bukti bahawa malaikat menyerupai sahabat nabi seperti Dihyah AlKalibi. Manakala, malaikat juga dilihat bersama-sama membantu muslimin ketika peperangan Badar AlKubra.

4. Zaman berzaman orang muslimin percaya malaikat sehingga ke hari ini.


Dalil 'Aqli

1. Malaikat adalah makhluk yang ghaib. Apabila kita beriman kewujudan ALlah begitu juga beriman dengan kewujudan malaikat.

2. Kewujudan malaikat dapat dibuktikan melalui beberapa peristiwa :

- Peristiwa penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad adalah melalui makhluk Allah yang bernama Jibril 'Alaihissalam. Kewujudan malaikat yang bernama Jibril tersebut merupakan perantaraan wahyu kepada Baginda.

- Manusia yang ketika tidak dikawal dijaga oleh malaikat. Seperti keadaan manusia yang sudah tidur dijaga oleh para malaikat. Ada yang mengatakan namanya Hafazah. Iaitu malaikat yang ditugaskan untuk menjaga manusia setiap masa.

Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Bab 6 : Beriman dengan kitab-kitab

Syafaat

Nama dan Sifat AlQuran