Posts

Showing posts from October, 2009

Nama dan Sifat AlQuran

Di dalam kitab Akidah Mukmin ms 252 cetakan Maktabah Darul Ulum wal Hikam , ada sebelas sifat yang menggambarkan tentang kitab AlQuran yang diceritakan oleh Abu Bakar Jabir AlJazairi iaitu: 1-AlHuda 2-ArRahmah 3-AsSyifak 4-AnNur 5-AlMaw'izoh 6-AlBusyra 7-AlHaq 8-AzZikr 9-AlKhoir 10-AtTibyan wal Bayan 11-ArRuh Wallahua'lam

Bab 7 : Beriman kepada kitab AlQuran

Image
Setelah kita beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah, kita perincikan lagi dengan bab yang seterusnya iaitu beriman kepada kitab AlQuran. Kitab AlQuran adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam dan menjadi pemansuh kepada hukum hakam yang terdahulu sepertimana Baginda juga penutup segala nabi dan rasul. Kitab ALQuran juga adalah kitab yang dijamin oleh Allah Ta'ala dari segala kekurangan, penambahan, pertukaran dan perubahan sehinggalah berakhir ketika saat ajal kehidupan didunia ini. Dalil Naqli : 1) Firman Allah Ta'ala : Dan kami Telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) [AlMaidah 48] 2) Hadith Nabi : "Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar AlQuran kemudian mengajarkan kepada orang lain" [Riwayat Abu Dawud, AtTirmizi dan Ibn Majah] Dalil 'Aqli : 1) Nabi Muhammad bukanlah pengarang kitab AlQuran. Ini kerana Bagin

Bab 6 : Beriman dengan kitab-kitab

Image
Orang Islam diwajibkan beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah Ta'ala. Iaitu ada 4 kitab yang terbesar : a) Kitab Zabur - Nabi Daud b) Kitab Taurat - Nabi Musa c) Kitab Injil - Nabi Isa d) Kitab AlQuran - Nabi Muhammad Dan kitab AlQuran adalah seagung-agung kitab kerana ia menasakhkan (memansuhkan) syariat dan hukum hakam terdahulu yang terdapat di dalam kitab-kitab sebelumnya. Dalil Naqli : 1) Firman Allah Ta'ala di dalam Surah AnNisa 136: Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka Sesungguhnya orang itu Telah sesat sejauh-jauhnya. 2) Hadith Nabi : Riwayat dari Umar AlKhattab mengenai soalan Jibril kepada Nabi Muhammad di dalam masjid mengenai iman dan Rasulullah menjawab bahawa iman itu adalah beriman kepada Allah, m

Video Kuliah : Beriman kepada Malaikat

Ada video beriman kepada malaikat oleh Sofwan Badrie.

Bab 5 : Beriman kepada Malaikat

Image
Kita wajib beriman kepada malaikat. Malaikat ialah makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya. Allah menjadikan malaikat sebagai makhlukNya yang sangat setia bertasbih sepanjang masa. Ada dikalangan malaikat yang diberi kelebihan daripada malaikat yang lain seperti malaikat Jibril, Mikail dan Israfil. Dalil Naqli 1. AlQuran : وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا Maksudnya : "..sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." [AnNisa ayat 136] 2. Hadith Nabi : Antaranya hadith nabi yang mengisahkan malaikat Jibril yang menyerupai Dihyah AlKalibi dimasjid bertanyakan iman, islam dan ihsan kepada Rasulullah. Hadith yang lain antaranya mengenai pekerjaan malaikat : تَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلَائِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلَائِكَةٌ بِالنَّهَارِ Para malaikat berdamp